Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Vitamin Sintetik Mudaratkan Kesihatan

'Vitamin sintetik? apa bezanya vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi ni..sama je rasenye'....'eh, mahalnye vitamin semulajadi Shaklee ni?, ape yang buat vitamin shaklee ni jadi mahal'....ha, bahaya tau sebenarnya ambil sebarang vitamin kesihatan tanpa sebarang ilmu dan mengharapkan jenama-jenama yang gah di pasaran dan atas cadangan kawan-kawan tau. Saya akan terangkan kepada anda 5 perbezaan antara Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi.









**Penghasilan

Vitamin Semulajadi :  dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin Sintetik : dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

**Keserasian dengan badan
Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin Sintetik : walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

**Harga
Vitamin Semulajadi : tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin Sintetik : biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

**Kesan kepada tubuh badan
Vitamin Semulajadi : mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin Sintetik : oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

**Kesan jangka masa panjang
Vitamin Semulajadi : tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin Sintetik : mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.



Jadi sebelum ambil sebarang vitamin gali lah dan kaji lah vitamin yang anda makan seharian itu sama ada vitamin sintetik atau vitamin semulajadi. Saya syorkan anda Vitamin Shaklee kerana ianya telah disahkan 100% semulajadi, bebas bahan kimia, selamat, terbukti berksean dan tiada kesan sampingan serta telah terbukti dengan ujian-ujian klinikal.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry